CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 8, 2012

::baju n tudung raye kau kaler ape?::

"raye nak tibe..baju raye ko da beli??da siap tempah??"....ait??puase pon belum lagi..hihi...kalu jalan2 kat kl ramai orang berpusu2 n berebut2 nk beli kain...smpai boleh lenguh kaki ni...fuhhh dasyat ni...belum lagi puase ni...sok luse da puase mesti banyak lg orang...tp, berlainan pulak ngan sy dan mak..hihi..ibu jenab ajak jenjalan g jalan Tar...sy rase hampir 3mggu berturut-turut berkunjung ke jalan Tar tu..tujuan utama adalah menjejaki kedai MUAZ TEXTILE untuk memborong tudung2 modern..orang ramai mcm semut..

sy ingat mak beli untuk raye sbb sekali beli banyak gilaaa..tujuan beli bukan nak pakai raye...tp ibu jenab nk meniage rupenye...kalu kt tgk kat luar sana, kdg2 peniage jual kain tudung amek 2 or 3 kali ganda untung...tp mak sy hanye amek 2 or 3 ringgit aje...kadang2 sy tanye2 jugak...nape amek 2 or 3 ringgit je?amek la rm 5 ke...then mak sy kate...tak baik kt amek banyak2..berdosa, kesian kat org len..wahh, btl jgk tu...tu pon da banyak da...kan bagus kalu sume peniaga kat luar sana amek untung byk ni je n tak lebih dr rm5, mesti sume org mampu beli dn tak melampau2 sgt..heheh..

pesanan sy pd org meniage kat luar sana or org yg baru nk mula meniaga, jual brg tu murah2 jgn mahal2...pelanggan dtg selalu untung sikit2 lama2 jd bukit, rezeki bertambah..jgn menindas org tau..berdosa..ok la nak siap..ptg kang mak nk pg kedai tu lg...ramai org order kat mak sebab murah...hehhe sy doakan moge2 mak happy dgn meniaga sambil2 die tu...hihi...peace!!

Friday, June 8, 2012

::si buka dan si tutup AURAT::

Gadis A: Eh, mahalnya stokin kau beli. Sepasang mau dekat RM5..itu baru stokin. Hand sock lg mahal..Tak campur lg dgn yg lain2..Tgk baju aku...sehelai baru bape ringgit..

Gadis B: Kau beli baju apa?

Gadis A: Baju T-shirt lengan pendek ni, baru bape ringgit. Dahla leh pakai g mana-mana je..tak panas pon..selesa, tak la serabut sgt..kau kene beli itu la ini la..

Gadis B: Ohh, pakaian yang BUKA AURAT mmg MURAH..murah juga HARGA DIRI BILA PAKAI...pakaian yg menutup aurat biar MAHAL takpe..SEMAHAL AURAT YG DIJAGA...:) InsyaAllah...

Thursday, June 7, 2012

::wanita chantek::

 Siapa Wanita Cantik??
wanita chantik adalah:

1. Melukis kekuatannya melalui masalah
2. Tersenyum saat tertekan
3. tertawa saat hati sedang menangis
4. tabah saat terhina
5. Mempersonakan kerana memafkan
6. Mengasihi tanpa balasan
7. Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi..

Ya Allah...walaupun aku tak chantik di mata manusia...cukuplah sekadar chantik di hadapan Mu...

Thursday, May 3, 2012

::teruna & dara::

Jangan PELIK dan SEDIH jika pasanganmu MENINGGALKANMU demi ORANG BARU,
kerana dia sendiripun SANGGUP MENINGGALKAN TUHANNYA demi kamu dulu..

betapa banyaknya lafaz cinta dibibir, akhirnya HANCUR BINASA angkara MUNGKIR..jika kamu di hatinya kini telah jauh terpinggir, namun Tuhannya terlebih dahulu lagi telah TERSINGKIR..

KEGEMBIRAANNYA kini dengan org baru hanya TENGGELAM DALAM ALPA, sedangkan KESEDIHANMU kini kerana TUHAN MAHU MENYEDARKAN KAMU DARI ALPA..

bersyukur la...

nice (^___^)

Wednesday, May 2, 2012

~Pencil n Eraser~

Pencil : I'm sorry.
Eraser: For what? you didnt do anything wrong..
Pencil: I'm sorry, you get hurt because of me.. Wherever I made mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you loose a part of yourself and get smaller and smaller each time..
Eraser: Thats true, but I dont really mind. You see, I was made to help you whenever you do something wrong, eventhough one day I know I'll be gone.. I'm actually happy with my job..So please, stop worrying I hate seing you sad....

"Our parents are like the eraser, whereas we like the pencil.. They're always there for their we, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way they get hurt and become smaller...Take care of your parents, treat with kindness and most especially love them"

~mak ayah...T_T~

::harga diri seorang muslimah::

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)


“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya? mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata ”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Monday, April 30, 2012

::KOMEN BERSIH 3.0::

<BACA DIARI KAT BAWAH NI>
Sedeh gila..aku harap manusia yg anggap diri sebagai tuhan nk hukum2 manusia lain ni bertaubat la...pk la perasaan org len.. EVERYONE IS THINKING TO CHANGE THE WORLD...BUT THEY NEVER THINK TO CHANGE THEMSELVES AT THE FIRST PLACE..(T_T) sedeh tgk bangse aku makin lame suke memperbodohkan bngse n agama sendiri..bangse lain sume da lbh tggi dr kt tp,segelintir org melayu msih kat lvl yg same bergado,mencarut, rebel plg terer..tp u are nothing..bangse len bertepuk tgn tgk kt bergado sesama sendiri n ISLAM bakal CHAOS..tu ke yg korg cari selama ni?
(THIS IS NOT ABOUT POLITICS MATTER..BUT THIS IS ABOUT WHAT IS INSIDE U,YOURSELVES!)

Sekadar untuk dikongsi bersama...Luahan Hati Seorang Anak Polis Yang Boleh Membuatkan Kita Menitis Air Mata 
Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...
Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak  Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?

Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...
Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...

Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...

Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata mereka yang membangkang kerajaan? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?

Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...

Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...

Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?

Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...

Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....

Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara..AYAH KAU LA WIRA KU....Amin...