copyright from....
~wanita syurga~
Setenang cinta pada Ilahi yang kudambakan,
Sedingin kasihNya yang kutagih...
Kucurah kasih padamu, kulafaz sayang padamu,
Kerna kuakur akan cinta Agungku...
Dahulu aku mengesakan Allah yang maha satu,
Dan kini dirimu imamku, pelindung cintaku...
Ini bermakna engkau penentu syurgaku,
musabab neraka tempatku...
Berikanlah daku cinta,
Kurniakanlah daku nikmat kasih,
Moga cintaku padaNya makin melangit tinggi...
Sandarkan dibahumu, ingatkan dirimu,
Bahawa engkau murabbiku, justeru ajarkanlah daku...
Jadikanlah diriku solehah, ajarkan daku taat,
Kenalkan daku pada syariat...
Bawakanlah tangis dalam sujudku,
Hidupkanlah rintih dalam tazkirahmu,
Moga tenang diriku mencintaiNya...
Didiklah daku seperti seorang anak kecil,
Ajarkan daku, suburkanlah cintaku padaNya...
Engkaulah muallimku,
Engkaulah mudarrisku,
Dan engkau jualah habibku...
Jadikanlah daku puteri didunia,
Bidadari di syurga...
Jadikanlah daku indah disisimu,
Sempurna dihadapanNya...
Bekalilah cintaku didunia,
Untukku bawa kesana...
Relakan dirimu bukan yang pertama,
Namun banggalah dirimu yang terakhir...
Relakan cintamu, pasrahkan rindumu,
Demi cintaNya...
Bukan bermakna engkau bukan fitrahku,
Namun Kerana Dia matlamatku,
Disana destinasiku...
Jadikanlah aku wanita syurga,
Bimbinglah daku kejalan syurga,
Pertemukanlah daku dengan syurgaNya,
Kerna diriku mengimpikan syurga dimana engkau adalah putranya...
Ya Allah, pertemukanlah daku, dan sahabat-sahabat kekasih hati dengan putra syurga, satukan fitrah kami dengan lelaki syurga, temanikanlah kami dengan perindu syurga, kerana kami mahu mengindahkah taman-taman syurgaMu yang mengalir sungai-sungainya...
Allahua'lam.
contigo autoseal water bottle
4 years ago

1 comments:
Salam dik, syukran atas ziarahnya keblog BAHITHAH, akak benarkan, insyaAllah moga kita semua dapat manfaat darinya...
Post a Comment