Allah Swt hanya memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup :-❀ Panggilan pertama adalah ketika AZAN ❀
Itu adalah panggilan Allah Swt yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah Swt ツ
❀ Panggilan yang kedua adalah Panggilan UMRAH / HAJI ❀
Panggilan ini bersifat halus. Allah Swt memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’. Hamba yang satu mendapat peluang yang berbeza dengan hamba yang lain, jalannya bermacam-macam. Yang tidak mempunyai wang jadi mempunyai wang, yang tidak merancang ternyata akan pergi,a da yang memang merancang dan terkabul perancangannya ツ
❀ Panggilan ketiga,adalah KEMATIAN ❀
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakannya, Allah Swt tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya ツ
